|
|
![]() |
|
![]() |
|
|
Sunday, September 27, 2009 luahan 270909 sayu dan terharu.. pada kesempatan yang diberi.. pada ni'mat yang sudah lama dinanti.. air mata yang mengalir hanya keranaNya.. takut yang hadir hanya terhadapNya.. rindu yang menjengah hanya kepadaNya.. Ya Rabbi.. lembutkan hati ini.. untuk sentiasa basah menangisi kesalahan diri.. untuk sentiasa muhasabah akan kelemahan dalam taklifan yang diberi.. untuk sentiasa bersyukur akan ni'mat yang dikecapi.. untuk sentiasa berwaspada akan godaan syaitan yang keji.. untuk sentiasa mampu mendidik nafsu dengan rapi.. Sesungguhnya.. Kau lebih mengetahui isi hati.. Walau tak terucap dalam tadahan doaku saban hari.. Hati yang merayu agar didengari.. Air mata yang mengalir refleksi rasa hati.. Agar Kau mengerti.. Betapa aku perlukan ketenangan dan kekuatan dariMu Ya Rabbi.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:12 PM 0 comments Wednesday, August 19, 2009 a meaningful weekend had a meaningful weekend.. really inspiring friday-sunday.. sunday evening.. bermusafir.. perjalanan yang mencabar.. selama sejam setengah lebih.. angin lintang + hujan lebat + jalan licin + tayar kereta yg sedikit botak.. uhuks.. namun ujian2 sepanjang pemanduan itu mengajak diri ini untuk mengikhlaskan niat.. kerana aku sayang sahabat baikku ini keranaNya.. perjalanan membawa keretaku pergi pada senja itu dan pulang pada pagi keesokannya.. kedua2 perjalanan itu dihiasi langitnya oleh pelangi yang sangat terang dan indah.. double rainbows utk setiap journey.. subhanallah.. terasa sangat dekat denganNya sepanjang membawa kereta berseorangan.. alhamdulillah.. refresh hubungan denganNya.. juga ukhuwwah dengan sahabatku yg seorang ini.. terima kasih Allah.. kadang2 aku sebagai manusia seringkali terlepas pandang betapa byknya nikmat yang dia telah berikan, sedangkan Dia sentiasa mengurniakan nikmatNya dalam pelbagai bentuk walaupun diri ini lalai.. astaghfirullah.. bibir ini masih menyanyikan the 'sweet' song yang kami karaokekan berdua tempoh hari.. Aku Ingin MencintaiMu - edcoustic Tuhan betapa aku malu Atas semua yang Kau beri Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa Entah mungkin kerna ku terlena Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali Agar aku kembali Dalam fitrahku sebagai manusia Untuk menghambakanMu Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu Aku ingin mencintaiMu setulusnya Sebenar-benar aku cinta Dalam do'a Dalam ucapan Dalam setiap langkahku Aku ingin mendekatiMu selamanya Sehina apapun diriku Kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi --- lirik yg amat menyentuh hati.. semoga tergolong sebagai hambaNya yang sentiasa tahu erti syukur.. ameen.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:23 AM 0 comments Monday, August 17, 2009 Jalanku pulang~ Tundukku malu didepanMu Kernaku insan berdosa Kuadukan sesalanku Apakah kan Kau terima.. Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena Tinggalkan semalam yang nanah Lantas merataphinakan ku pada sempurnaMu Terpaut aku tak berpaling.. Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan Kau temukan laluan bermula Dan cintaMu bagai air di tandus sahara Buatku melepas dahaga.. Suburkan cahaya menerangi langkahku Semaikan segala kiasan indah cintaMu.. Kumohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan Bimbang Kau singkirkan taubatku Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku Kelakku zalimi diriku.. Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku.. Tak temu di manakah hentinya rayuan taubatku padaMu norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:06 PM 0 comments Wednesday, August 05, 2009 ~hamba bernoda~ (from my last 2years' post) masih menoleh ke belakang.. duniaku.. kebiasaanku.. kegelapan itu.. yang tiada siapa mampu melihat apa yang kulakukan di sana.. cahaya terang di hadapan.. keindahan yang mendamaikan.. cahaya atas cahaya.. dan kemanisan yang semakin terasa.. ya, cahaya itu.. yang ku cari-cari selama ini.. alangkah indahnya diri ini antara yang terpilih merasakan nikmat itu di kala masih ramai yang berselimut dengan kegelapan yang menghamiskan namun mengapa masih aku menoleh ke belakang merindui kehamisan itu yang sudah bertapak-tapak langkah ditinggalkan di belakang teguhkan hatimu wahai insan yang kerdil dan penuh noda masihkah kau ingat kata-kata itu, "Ketika berkata tuhan kepadaku, Tidakkah malu maksiat terhadapku, menyembunyikan dosa dari makhlukku, dengan penuh noda mengadapku?" kegelapan yang kau tertoleh-toleh itu, hanya mampu menjanjikan keindahan mimpi-mimpi palsu cahaya di hadapanmu sentiasa menanti langkah-langkahmu dan janganlah dibiarkan pintu cahaya itu akhirnya tertutup kaku. teguhkan, pahatkan hatiku di jalanMu ini agar indah hidup bersamaMu di kemudian hari.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:07 PM 0 comments Thursday, April 24, 2008 ~setiap kali~ setiap kali mendapat nikmat jarang kusedari itu pemberianMu terkadang rasa itu kerana segala usaha dan penat lelahku sahaja setiap kali ditimpa musibah kumengeluh risau bertambah gelisah hingga terlupa padaMu Allah tempat kembali segala masalah oh Tuhan Yang Maha Penyayang leraikanlah aku dari keluh kesah yang membelenggu jiwa dan fikiran ditambah dengan hasutan syaitan kurniakanlah kepadaku ketabahan singkapkanku hikmah segala ketentuan moga sinarMu berikanku pedoman hanya padaMu segala ketetapan seandainya diri ini mampu meraih cinta keredhaanMu seandainya akulah insan yang terpilih pimpini hidupku norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:18 PM 1 comments Wednesday, March 05, 2008 ayuh semangatku! rasa keseorangan, teman-teman berlari pantas, meninggalkan aku yang masih bertatih, seringkali tersungkur rebah, hilang imbangan dan kekuatan, namun masih kugagahi agar bangun berdiri, mengumpul kekuatan untuk bermula kembali. namun x kupinta ditunggu, sedangkan diriku masih ragu, resah dan keliru, mahu mengejar cita yang selama ini diburu, atau menyerah kalah pada tenaga yang kian lesu. syukur kerana matlamat jelas di mata, cuma semangat ini perlu dipulihara, harus dijaga dan dibaja, agar tidak karam sebelum perjuangan bermula. ayuh semangatku, pulihlah, dan bantulah jasad ini untuk terus melangkah, akhirnya langsung berlari mengejar destinasi, mungkin niat harus kuteliti, harus kerana Ilahi, ampuniku atas kelemahan ini. hanya keranaNya.. moga semangatku hidup semula.. kerana sungguh aku merindui saat-saat bersamanya. ~~maaf andai sukar difahami diri ini.. doakan.. moga segalanya lillahi ta'ala.. ameen. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:51 PM 0 comments Thursday, February 07, 2008 hati seorang budak kecik.. Diceritakan oleh seseorang.. Dalam satu rancangan tv.. Aznil : Adik dah besar nanti nak masuk AF tak? Budak kecik : Tak nak! Aznil : Kenapa taknak? Budak kecik : Sebab diorang tak tutup aurat. Aznil : Eleh, macam la awak tu tutup aurat. Budak kecik : Saya budak kecik lagi, diorang tu dah besar. Semoga hatinya terus suci.. Ameen.~ norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:04 PM 1 comments Monday, February 04, 2008 bila diajak~ Bila tidak diajak Kecil hati Sangka buruk Cakap-cakap di belakang. Tapi Bila diajak Atau istimewa dilakukan untuk mereka Tak mahu pula Tolak pada orang lain "Takpe mesti ada orang lain boleh buat". Tidak mahu menghargai Atau sekurang-kurangnya mengerti Adakah hanya mahukan perhatian Ataupun mereka ada lain perancangan..? norashidah mohamad zainuddin blogged at 5:01 AM 0 comments Tuesday, October 23, 2007 haa frankston? berdebar ke Building15.. eh orang amik assignment la, hmm nntla.. x sabar dh ni.. placement dh keluar.. ramai dh tau masing2 punya.. kaki menghala ke sekeping kertas tertampal di reception.. mata turun naik menscan nama.. eh.. frankston.. . .. ... .... ..... terdiam sekejap.. namun tiada perasaan yg datang.. tapi tergambar cabaran2 yg menanti.. banyak pendapat untuk dua pilihan.. namun hati sudah nekad hati sudah ada keputusan ketika saat menerima berita itu lagi.. namun..... tidak mudah.. tidak semudah menuturkan keputusan tidak semudah mengusulkan pendapat tidak semudah membantah menghalang.. kerana risalah ini di hati kerana risalah ini aku berdiri kerana risalah ini aku berlari kerana risalah ini hidupku bererti berikanku kekuatan.. wahai Tuhan yg padaMu kesandarkan pergantungan.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 2:17 PM 0 comments Thursday, October 11, 2007 Doa Khatam Quran Doa Khatam Quran Allahummarhamni Bil Quran Waj'alhu lii Imaaman Wa Nuuran Wa Huda Wa Rohmah Allahumma Dzakkirni Minhu maa Nasiitu Wa'allimni Minhu maa Jahiiltu Warzuqnii Tilaawatahu Aana Al Laili Wa Aana An Nahaari Waj'alhu lii HujjatanYaa Rabbal 'Alamin Ya Allah Kasih Sayangilah daku dengan sebab AlQuran ini Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai pemimpin sebagai cahaya sebagai petunjuk dan sebagai rahmat bagiku Ya Allah ingatkanlah daku apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran yang telah Kau jelaskan dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui Dan kurniailah daku selalu sempat membaca AlQuran pada malam dan siang hari Dan jadikanlah AlQuran ini sebagai hujjah bagiku Ya Allah Tuhan semesta alam norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:30 PM 0 comments Thursday, October 04, 2007 ~segalanya milikMu~ Kau yang menciptakan cinta Dan Kau jua yang menghampar bahagia Di ribaanMu terhimpun harapan Impian tulus setiap insan Kau yang mengutuskan duka Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa Namun padaMu jua diadukan Merebahkan keresahan dan tangisan Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku Tak semuanya yang ku mahu Di celah hangat nafas yang terhela Ada dingin saat menyeru namaMu Terarah segala ronta rasa Pada damainya dakapanMu Aku tahu inilah kasihMu Aku tahu inilah cintaMu Dan ku tahu di segenap ruang rasaku Telah Kau titipkan kekuatan Oh Tuhan norashidah mohamad zainuddin blogged at 2:43 PM 0 comments Wednesday, October 03, 2007 ~merindu...~ berlalulah.. semoga tenteram.. dan tenang.. di samping ingatan tetap terpahat kukuh.. doakanku di sini.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:29 PM 0 comments Tuesday, September 18, 2007 cepat besar ye..
Seusai solat jemaah itu, duduk aku meneruskan zikir dalam hati sebentar seperti yang lain, sementara ada juga yang sudah mula bersalam-salaman sesama mereka.. kerana tempatku di tepi dinding, maka agak terasing dari laluan orang...
Tiba-tiba terasa bahuku dipaut orang.. Oh adik ni.. Datang pula adik yang lagi dua orang, sahabat-sahabatnya.. Kak ash, kenapa termenung je.. Haah la kak ash.. suka termenung yeh... hehehe... Eh, kan akak baru sudah solat ni.. memang la duduk camni.. Tutur hatiku bermonolog sendirian.. Comel lah kamu-kamu ni.. Cepat membesar ye.. Mekar dengan Islam seperti tulip-tulip yang cantik.. Tak sabar nak tunggu.. Moga semakin cinta pada Islam.. Sayang fillah.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:20 AM 0 comments Wednesday, September 12, 2007 ramadhan datang lagi
![]() wahai bulan yang penuh erti.. hadirmu dinanti.. rahmatmu dirindui.. dan pergimu ditangisi.. moga hadirmu memekarkan penghijrahan diri.. ke arah Ilahi.. persediaan untuk kehidupan yang hakiki.. di akhirat nanti.. ahlan wasahlan ya ramadhan..
norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:26 PM 0 comments Sunday, September 09, 2007 sakit sakit.. semoga kau tidak merantaiku.. jangan lambatkan aku dari meneruskan kerjaku.. sakit.. kau anugerah dari Allah.. mengingatkan aku padaNya.. mengukuhkan tawakalku pada ketentuanNya.. sakit.. antara sayang dan benciku padamu.. bersahabat baiklah denganku.. dan permudahkanlah aku dengan kerjaku.. sakit.. di bumi asing ini suka benar kau melawatku.. heh, salahku juga.. selalu sangat menghantar kad undangan padamu dahulu.. tidak menjaga diri.. sekarang padahnya ialah kedatanganmu yang tidak kunjung jemu.. wahai sakit.. permudahkan aku.. engkau juga makhlukNya bukan.. semoga kau mengerti perjuanganku, wahai sakit.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:11 AM 0 comments Saturday, September 08, 2007 In Lam Takun Ghaadiban Annee Falaa Ubaalee In Lam Takun Ghaadiban Annee Falaa Ubaalee As long as You are not angry with me then I do not care For me is the model of Musab bin Umayr The best dressed man in the city But that was for him a state of pity Until there came to him the Message All did he leave of his privilege For the sake of Allah and His Beloved As long as You are not angry with me then I do not care For I think of Bilal when his chest was bare On the burning sand did they make him lie Until he thought he was going to die They crushed him with rocks in the blazing sun And begged him to reject the Almighty One But never did he give in to the wicked As long as You are not angry with me then I do not care I remember Khabbaab when they pulled his hair In the blacksmiths of his evil mistress With burning rods did she cause him distress She twisted his neck and burnt his skin Until his fat dripped into a tin But he remained firm to his belief as long as he lived As long as You are not angry with me then I do not care For I picture Khubaib when he was there Tied and bound to an immovable tree With no chance of him being free Their spears and arrows did they fling Yet grapes to him did his Lord bring Until his noble soul was lifted As long as You are not angry with me then I do not care I think of Yasir, Sumaiyah and their heir Even when placed on sizzling ember None but their Lord did they remember Patience you all when paying this price Indeed your abode is Paradise As a reward for all that you did. As long as You are not angry with me, then I do not care My example is Your Beloved when struck from the rear By the sticks and stones of Taif's crowd Yet he did cry in a voice so loud: "O Lord! Forgive my people for they do not know" And even though I am feeling so low... As long as You are not angry with me, then I do not care. By British Political Prisoner Babar Ahmad MX5383HMP WoodhillTattenhoe Street Milton Keynes Bucks MK4 4DA norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:02 PM 0 comments Sunday, September 02, 2007 halls
rindu pada halls..di sana hidup bermula.. di sana kefahaman berputik.. di sana ukhuwah bersemi.. grateful to be here.. thank U Allah.. thanks rina for the picture.. =) norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:33 PM 0 comments Friday, August 31, 2007 aku seorang yang bosan awak tgk tak cerita ni? tak. awak tau tak psl lagu ni? tak. selekeh kan lirik lagu ni? eh awak tau ke? tak. awak pegi tak reunion nanti? tak. hish, bosan la awak ni. hatiku tersenyum bahagia. ya.. aku seorang yang bosan. mereka bergelak ketawa, tapi aku tak faham. malas nak tanya, mesti aku taktau punya kalau diorang cerita pun. bosan kan aku. tapi bukankah aku yang memilih untuk jadi bosan? bosan di mata mereka. apelah, semua pun tak tau. biarlah, semua kebestan tu takkan ke mana pun akan pupus akan lenyap yang kekal hanyalah cinta kepadaNya. tetapkan hatiku bantulah langkahku andai mereka tahu indahnya 'bosan' itu.. maaf ye, saya mmg bosan. norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:12 AM 1 comments Tuesday, August 21, 2007 syndrom andai tidak tahu membuat pilihan, keliru dengan pertimbangan antara keduanya, maka pilihlah yang lebih mendekatkan diri padaNya. bukan mudah.. malah mengundang air mata.. sedar ia antara proses penapisan kefahaman.. tidak mahu aku mencicirkan diri, tembus melalui celah-celah penapis.. namun aku sedih, terasa keseorangan, sendirian dengan kefahaman ini.. namun tak bisa aku meluahkannya, tak bisa aku memaksa andai kefahaman itu tiada.. tak bisa aku memaksa andai pengorbanan itu terlalu berat buat mereka.. namun, apa yang aku risaukan, siapa yang akan menyambung perjuangan seterusnya, jika semuanya begini.. hanya faham, tetapi kurang praktikalnya.. syndrom 'ramai dalam tarbiyah'.. syndrom 'kecairan erti dakwah'.. bantulah aku Ya Allah.. aku tidak pandai bermain kata2.. aku tidak pandai meluahkan fikiranku.. aku tidak pandai untuk mempengaruhi.. tapi, aku sayang mereka dan aku sedih untuk diri yang tiada teman kesefahaman dan perjuangan.. teman-temanku, marilah berpimpin tangan denganku.. jangan biarkan aku keseorangan, kerana perjuangan ini penuh getir dan air mata.. namun ku tahu, Dia sentiasa membantu. norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:07 AM 0 comments Wednesday, August 08, 2007 ooh Cam.. That morning.. Cam said: I wish I could walk... Cam said: I wish I could run... Cam said: I wish I could jump... And on that afternoon.. Gles, me and a nurse gave a talk on lungs.. Gles said: If we don't get oxygen for more that three minutes, we can get brain damage. Then Cam said: That is what I've got... Sayu sungguh dengar. Di sebalik kenakalannya, tersimpan seribu rasa. Oh Allah, forgive me when I whine.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:53 AM 1 comments Monday, August 06, 2007 ~tenangnya alam yang dirindui~ tangannya mengocak2kan air tasik itu. damai sungguh rasanya diselimuti pepohon nan hijau dan udara yang segar. suka betul dia bila jumpa air. riang ria ombak air mengikut tarian angin itu menenteramkan hatinya. ingin rasanya dia berlama-lama di situ. seharian pun tak mengapa. namun dia sedar dia ada tanggungjawab yang lain. "mengapa aku di sini..." tersentak dia seketika. suara siapakah itu, yang membisikkan sepotong ayat yang bisa mengusik hatinya yang rapuh di kala ini. persoalan itu kembali mendorong dia merenung perjalanan hidupnya. pahit getir perjuangan dia yang lalu. perjuangan yang hakikat pahitnya hanya dia yang tahu. tak bisa untuk diceritakan. kerana tak bisa dia untuk menyelaminya kembali. biarlah ia menjadi kenangan, dan yang penting biarlah semua itu menjadi penguat semangatnya untuk meneruskan tarian langkahnya yang kadang-kala sumbang dan tidak kena dengan irama lagu hidupnya. lalu sebuah kereta nun jauh di hadapannya, sayup matanya memandang. persoalan seorang kakak beberapa hari yang lalu terlintas di benaknya. "tengoklah keadaan. biar masa yang menentukan. kalau sempat, sempatlah agaknya balik summer ni nak belajar. kalau tak, kena tebalkan mukalah nak pinjam dan mintak tunjuk ajar." bukan dia tak mahu fikir. mungkin sudah terbiasa dengan caranya mengharungi dugaan hidup dengan membiarkan masa membuat keputusan untuknya. yelah, kalau fikir pun tak tahu nak buat apa, tawakal dan kalau ditunjukkan jalan tu cepat2lah gunakan peluang itu. seronoknya itik-itik ni bermain sesama sendiri. hidup di tempat yang tenang sebegini. cemburu hatinya tiba-tiba datang pada makhluk-makhluk Allah itu. sayang dia tidak membawa roti, kalau tidak, boleh juga dia menumpang keriangan itik-itik itu. berenanglah kalian, berzikirlah padaNya, pada Dia yang telah mencoretkan takdir dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah. astaghfirullah, mengucap hatinya. betapa aku selalu bersedih sedangkan terlalu banyak yang Dia telah berikan. tersedar yang dia harus meneruskan perjuangan. dikibas-kibaskan pasir di seluarnya. meregangkan otot-otot dan mengangkat begnya. seketika dia merenung kehijauan dan menikmati irama siulan burung-burung di sekeliling tasik itu. ya, aku harus pergi.. masih banyak kerja yang menanti.. akan aku datang lagi.. wahai ketengangan alam yang sentiasa kurindui.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:31 AM 0 comments Saturday, July 28, 2007 ~aduhai mata... isk..~ sebelah tangan dok menuam mata.. "tuam.. jgn tak tuam.." bisik hatinya.. sebelah tangan lagi mengangkat mug berisi teh campur madu ke mulut.. "aah.. lega sket tekak.." merana juga hatinya bila ada yang seakan-akan mengutuk rupa matanya.. "Ya Allah.. tabahkan aku.." rintihnya dalam hati.. mahu jugak rasanya dia mengamuk di kala itu juga, tapi mengenangkan perasaan hormat yang beraja menguasai amarah yang mula berbunga, terus dia mengomel dalam hati sahaja.. "tak apalah.. kalu jadi lagi nanti aku bagi hint la kata aku tak suka.." towel panas ditekap-tekap pada kelopak matanya yang sedikit membengkak.. "try the heat treatment first, if it is not working then you need to think about surgery. i'll give you this referral letter to a specialist.." hatinya risau, namun bibirnya tetap tersenyum tatkala menjawab persoalan orang perihal sakitnya.. tetap juga menguntum sengih membaluti hati yang terguris dek usikan dan "kutukan" orang pasal matanya.. hatinya melagukan lagu sedih.. "dah aku dijadikan begini, adakah aku patut mengomel dan tidak bersyukur? untung ada mata.. kenapa orang nak perli2.. ini Allah yang bagi.. adakah mereka mahu mengutuk kejadian yang Allah beri padaKu..? astaghfirullah.. dan jika mereka tidak berniat sampai begitu sekali pun, tidakkah mereka terfikir akan perasaan aku tatkala usikan itu berulang kali dimainkan.. mahu melihat mutiara sayu mengalir di pipi baru mahu berhentikah? cukuplah.. tolonglah faham..." kasihan si 'aku'.. ada yang perasan tak yang dia tak suka? dalam kita bergurau, berpada-padalah.. kerana kita tidak tahu sedalam mana maksud usikan kita pada si kawan.. sabarlah wahai si 'aku' ye... norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:53 PM 0 comments Ahmed Bukhatir Forgive me nasheed
Oh Allah.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:53 AM 0 comments Tuesday, July 24, 2007 ~stethoscope... alahai...~ semalam tetamu2 dari MCQ dh nak balik.. dh dekat 3minggu mereka di sini.. kak jaa saje recap lakonan akhawat2 melbourne city masa winter camp di Portsea.. tuan2 rumah yang pergi pun menyampuk2 juga nak menyedap dan membetulkan cerita kak jaa.. nak cerita pasal watak seorang doktor yang derhaka ni.. scene dalam court membicarakan kederhakaan watak2 antagonis dalam cerita ni termasuklah doktor itu.. dengan yakinnya aku bercerita.. "kat leher doktor tu diletak telescope, leher doktor tu tertunduk dan bongkok seolah2 telescope tu membeban dan membelenggu hidupnya ketika di dunia dulu.." kak jaa pun sambung lah cerita dia.. tetiba aku sedikit terjerit.. "hah..? stethoscope lah.. apsal boleh salah sebut ni..." kah kah kah.. "awak sebut apa tadi?" tanya kak masdi.. aku sambung gelak.. budak2 MCQ sambil gelak, "laa kalu akak tak cakap, takde orang perasan pun.." sambung gelak.. haih.. ni budak medic ke bukan ni.. hadoi... norashidah mohamad zainuddin blogged at 7:31 AM 0 comments Monday, July 23, 2007 -hmm...- apa khabar iman? apa khabar mutabaah amal? dah hafal hadith a.k.a assignment cuti winter? ....uhuks.. tersedak.. dah habis cuti rupanye ke.. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.. moga sentiasa dalam redhaNya.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:16 PM 0 comments Sunday, July 22, 2007 ~..hati-hati ini..~
Ya Allah, norashidah mohamad zainuddin blogged at 7:19 AM 0 comments Sunday, July 15, 2007 ~selamat bermujahadah~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 4:56 PM 0 comments muslims while flying
norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:38 PM 0 comments Friday, July 13, 2007 ..dua tanah.. it wasn't that bad...! heh.. response utk entry smlm.. x mengapalah tolerate sket.. teringat message abah pagi semalam.. ampun, lama juga tak hantar kabar berita.. since telefon rumah buat hal.. (err alasan ke mmg camni perangai anak abah yg sorang ni.. isk2) dari malam tadi sangat terasa nak pegi somewhere.. eheh specifically tempat2 yg 'alam2' ni lah.. heh, semua orang dh faham dh.. ash=nature.. ash=kamera.. ash=gambar2 nature.. rindu lah kat pantai.. herm.. merenung kembali.. minat ni datang since aku di sini.. di bumi asing.. di bumi yang memisahkan aku dan mereka.. di bumi di mana kesenangan bermaharajalela dalam hidupku.. ya ini bukan hidupku yang sebenar.. hanya sementara.. akhirnya aku akan kembali ke hidupku yang sebenar.. alangkah beruntungnya diri.. maaf adik2ku.. bukan along pinta hidup kita jauh begini.. bukan along mahu kamu semua rasa jauh.. bukan.. rezeki ini datang dengan tanggungjawab.. ini juga untuk kalian.. akan ku cuba sedikit demi sedikit.. haih kakak kalian ni mmg begini.. bukan degil.. bukan tak rindu.. tapi kamu semua faham kan.. kita semua mmg begini *wink* mmg berat.. dahulu niatku lakukan semua ini adalah untuk kamu semua.. tapi maaf.. kerana kefahamanku sudah berbeza.. niat utamaku kini adalah keranaNya.. namun jangan bimbang.. andai segalanya dilakukan keranaNya, termasuklah juga untuk kalian.. kerana cintaku pada kalian adalah keranaNya.. sedih.. sayu.. andai dikenang kembali.. andai dibandingkan hidup di dua tanah yg berbeza.. bagaikan pintu kapal terbang itu membawaku ke dunia yang amat berbeza.. namun.. kubersyukur atas adanya perbezaan itu.. yang menjadikan syukur peneman diri selalu.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 6:09 PM 0 comments Saturday, July 07, 2007 sudah besar? ditenggelami kesibukan dunia buat beberapa hari ini.. sudah lama tidak bermuhasabah dengan lebih kritikal.. penat membaluti diri, jadual mencengkami detik2 dalam hari.. kalau diikutkan, mmg penat.. nak mengejar program dan exam.. melayan tetamu.. risau tentang adik2 mad'u.. lalu, apakah aku hanya ingin membiarkan penat ini hanya sekadar penat? P.E.N.A.T... "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah" ~90:4~ manusia mmg akan sentiasa penat.. akan memenatkan dirinya dengan sesuatu.. yang membezakan adalah apa yang dipenatkan dan niat dia memenatkan dirinya dengan aktiviti tersebut.. Alhamdulillah atas nikmat kejelasan penat ini.. andai diri demotivated atas penat itu, lalu kejelasan niat dan matlamat menjadi booster dose buat diri.. untuk apa aku lakukan semua ini? keranaNya kan? Dia akan membantu andai aku membantuNya dengan ikhlas .. "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." ~47:7~ jangan cicirkan aku dari jalan ini.. jangan cabut kefahaman indah ini dari hati ini.. ya.. mmg penat.. Islam memerlukan seorang yg hebat untuk mendukungnya dan Islam akan menjadikan pendukungnya seorang yang hebat.. maka jadilah seorang yang hebat untuk Islam.. jangan hanyut dengan emosi, kerana ia akan memesongkan dan melambatkan perjalanan.. jangan biar diri tenggelam dalam nafsu jahiliyah, kerana ia akan mengaburi kefahaman dan matlamat.. "dah besar dah korang ni.." "seronok tengok korang 'membesar' skarang.." kefahaman datang dengan tanggungjawab.. ya, ia menambahkan penat dan tugas yang perlu dipikul di pundak yang belum cukup bertenaga ini.. winter yang cukup banyak mengajar.. terlalu banyak peristiwa yang berlaku.. tanggungjawab, perselisihan faham, terguris hati, pengorbanan, pendengar masalah, kesuntukan masa dan hari2 yang padat.. semuanya mengajar diri tentang byk konsep.. winter camp sendiri terlalu mengajar diri ini.. then bila mereka bertanya tentang "proses peningkatan diri ini" pada winter yang lepas, sungguh terasa juga perbezaannya.. maka sudah makin besar rupanya diri.. adakah amalan juga "membesar" seiring kefahaman ini? norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:31 AM 0 comments Sunday, June 17, 2007 ~a thought to share~ beberapa hari yang lalu, kami membincangkan mengenai hidung. anatomy and clinical anatomy of the nose. "Because ostia are located high on their superomedial wall, a poor location for natural drainage of the sinus. When mucous membrane is congested maxillary ostia obstructed. Becauses of high location it's impossible for sinuses to drain until they are full. Ostia of L/R sinuses lie on the medial sides, only upper ostium drains when lying on one's side. Maxillary cannulation is possible." err.. complex..? begini.. dalam muka kita ada beberapa rongga yang dipanggil sinus. salah satu daripada sinuses itu namanya adalah maxillary sinus, dalam dua2 pipi kita. apabila kita selsema contohnya, sinus ini akan tersumbat. kerana apa? kerana bukaan sinus ini kepada hidung adalah tinggi, maka susahlah isi2 dalam sinus ni nak keluar dan kosongkan sinus ni. isi2 sinus ini sepatutnya keluar mengikut bukaan tersebut dan masuk ke dalam hidung dan akan keluar mengikut lubang hidung. maka bila tak dapat keluar, tersumbatlah dia. bila kita baring on one side, katalah baring mengiring ke kanan, maka sinus di dalam pipi kiri sahaja yang akan mengosongkan diri (err.. bahasa pasar sungguh). maka kita akan bergolek tukar2 side untuk clearkan dua2 sinus tu bila selsema. mesti penah alami keadaan ni kan...? maka apa yang penting sangat nak diceritakan..? seems like a bad design?? that was my anatomy lecturer's thought. susahla nak clearkan sinus tu, kenapalah tuhan ciptakan such a bad design? (again this is the same lecturer as my post before). apa yang kami came up daripada study group hari tu ialah.. sinus ni akan clear dengan senangnya bila kita tundukkan kepala, to be specific is bila kita sujud dalam solat. bendalir dalam sinus akan keluar mengikut gravity bila kita tunduk kerana bukaan sinus ni sekarang berada di bawah kerana kepala tertunduk. sama juga dengan konsep darah akan mengalir ke satu area of the brain bila kita sujud. kawasan otak ini adalah bahagian otak yang mengawal perasaan malu manusia, dan darah hanya akan lalu dan mengaktifkan bahagian otak ini hanya bila kepala kita tunduk. maka dengan sujudkan kepala kita, maka masalah2 anatomy tadi akan selesai... maka, sweet tak? Allah menciptakan kita dengan such a design yang menuntut kita supaya menyembahNya. maka kenapa mahu berpaling, sedangkan kita insan2 yang sangat lemah yang hakikatnya memang perlukan Allah yang menciptakan kita dalam alam ini semuanya. sweet kan...? norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:57 AM 0 comments Thursday, June 14, 2007 ~ia datang lagi~ alangkah pantasnya masa berlalu, hari demi hari, detik demi detik, manusia terus sibuk dengan tuntutan dunia yang kian mendesak, menuntut tenaga, mengambil masa, demi cita-cita dan angan-angan yang dianyam. semakin hari juga, bertambahnya ilmu di dada, duniawi dan ukhrawi, juga ukhuwah sesama sahabat, yang sama fikrah mahupun tidak. hati hendak dijaga, agar tiada yang terluka, namun siapa yang perlu kecewa, Allah atau mereka, lalu hendak pilih yang mana. saat-saat itu bertandang lagi, menjenguk diri untuk menguji, sejauh mana pendirian hati, adakah masih ragu dan berbelah bahagi. tapi, sampai bila...? adakah aku mahu mati dalam keredhaan manusia dan bergelumang kemurkaan yang Maha Esa...? hanya kerana untuk menjaga beberapa keping hati manusia cuma.. sungguh Dia menunjukkan kedua-dua jalan, kebenaran dan kebatilan, hanya atas pertimbangankulah dibuat pilihan, pilihan yang tidakku ketahui impaknya kepada masa hadapan. cukuplah beberapa kali, hanya kerana ingin menjaga hati, ku korbankan pendirian dan fikrah sendiri, namun tidak lagi untuk kali ini, teman, maafkan ketidakhadiran diri, moga dikau akan memahami, dan terbuka hati ke jalan ini, walaupun sukar dan angan-angan seperti, namun siapa tahu, Allahlah yang memegang hati. maafkanku kerana mencari redhaNya, biarlah diri menjadi celaan kamu semua, maaf kupinta. norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:16 PM 0 comments Saturday, June 02, 2007 ~bila rasa diri dah hebat~ apabila manusia merasakan dirinya hebat, mereka mula mempersoalkan hakikat ketuhanan. merasakan mereka tidak perlukan tuhan, malah lebih teruk lagi mereka merasakan mereka terlampau hebat melebihi tuhan dan memperlecehkan kekuasaan tuhan... hari rabu yang lalu, sewaktu dalam lecture anatomy.. subjek yang sangat2 aku suka.. namun, kesukaan itu ada kalanya diselit dengan kebencian terhadap prinsip sesetengah lecturer yang suka lepas cakap.. lecture on cranial nerve, menyusahkan bagi sesetengah orang untuk mengingatnya namun bagiku amat menarik.. sedang enak menghadam buah butir bicara lecturer tersebut, terselit persoalan lecturer terhadap susunan2 saraf dalam kepala manusia. kenapa nerve ni susah2 nak lalu ikut jalan berbelit2, apsal tak ikut laluan lurus je.. bla bla bla.. "what a stupid design.." bila dia keluarkan teori yang dia kate sememangnya menunjukkan yang dia tu betul, terus dia kata, " i'll make a GOOD GOD", merasakan dia lebih pandai daripada tuhan yang kononnya bodoh sebab mencipta ciptaan dengan rekaan yang menyusahkan itu. adakah lecturer ini jelmaan firaun, yang merasakan bahawa diri sendiri lebih hebat dari tuhan.. astaghfirullah, tidakkah dia terfikir, dia tidak akan mampu mencipta ciptaan sehebat manusia dengan ilmu medic yang dia ada sekarang. even banyak ilmu medic yang masih undercover. betapa bongkaknya manusia bila dada dipenuhi ilmu duniawi, bila ilmu duniawi tidak berdasarkah sibghah Allah. timbul persoalan di fikiranku, jika benar orang2 islam sendiri memberi alasan, "belajar ilmu dunia pon boleh mendekatkan diri kepada Allah juga. maka tidak mengapalah saya hanya duduk di rumah dan belajar ilmu dunia saye, dan tidak belajar agama secara formal (join kumpulan agama) kerana dengan cara belajar ilmu dunia pon saye boleh dekatkan diri pada Allah juga." nah, bukankah sudah dibuktikan dengan contoh lecturer tadi. semakin tinggi ilmunya tanpa diawasi ilmu agama, maka amat mudah merasakan dirinya hebat, jauh dari tauhid rububiyyah, apalagi tauhid uluhiyyah. sudah banyak kali sebenarnye si pakcik lecturer ni mengutuk tuhan, mengucap sungguh hati ni. janganlah terlalu bongkak wahai manusia, ilmu mu sudah terlalu banyak, maka tidak terdetikkah walau sekelumit di hati tentang kekaguman penciptaan alam dan manusia? terlalu keraskah hati, lebih dari kerasnya batu, sedangkan batu itu sendiri mampu dilembutkan juga dengan aliran air sungai yang deras. sungguh ilmu itu segalanya milik Allah melangkahnya kaki memasuki dewan kuliah dengan niat hanya keranaNya mereka hanyalah perantara sebagai satu cara Dia mengajarkanku ilmu keduniaan itu ambillah ilmu itu dan tapisnya dengan neraca Yang Maha Menciptakan indahnya Ya Allah satu tapisan yang suci kau bekalkan buatku agar lebih bersih pandanganku terhadap ilmu itu dan agar segala yang kulakukan hanyalah keranaMu sucikan hatiku, bersihkan jalanku dan pimpinlah langkahku wahai Kekasih yang sentiasa beraja di kalbu norashidah mohamad zainuddin blogged at 6:11 PM 0 comments Tuesday, May 29, 2007 ~la tahzan~
![]() norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:47 PM 0 comments Wednesday, May 23, 2007 ~akhlak~ semalam.. adik2 1st year mengadu exam diorang postponed to after winter holiday. and last night, i prayed that our exam (2nd years) would not be postponed as well, as i want to focus on my plannings for my winter break. but unfortunately, petang tadi ade announcement kat MUSO, exam 2nd years pon postponed jugak. alasannye, medical faculty menyalahi uni nye policy dlm menetapkan tarikh exam. aisey, mengamuk sakan la kitorang. punyala nak bebas sekejap dari dunia medic sepanjang cuti winter, dan ade yg dah pon beli tiket utk balik winter kat mesia. alih2 jadik camni, kene la squeeze jugak waktu2 study sepanjang cuti ni. adeih la, kalu la exam ni sblum cuti kan senang, takyah nak sakit2 jantung menunggu hari exam, takyah la cuti ni rase x bebas nak buat xtvt lain. haih..... sepanjang petang tadi majoriti kami mengeluh, sikit punye banyak orang komplen kat MUSO, xnak exam after cuti. . . . . balik dari hall tadi, tetiba singgah satu thought dalam fikiran ni. banyak nye aku komplen dari tadi, "x suka la.. marahnye...!!!hape la orang2 yang dok mengadu mintak tangguh ni, menyusahkan orang lain tul, kalu nak sgt tangguh, sorang2 je exam lambat dah la, dah la lebih sebulan tangguhnye, melampau tol...!!!" ... ..... see.... tu la reaksi pertama bila dapat berita ni.. bila dpt berita yg menyebabkan kemarahan meraja hati.. see.... masih lagi dengan 'akhlak' sebegini.. sedangkan dah dipelajari.. AKHLAK: "Situasi yang mantap dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung. Oleh itu, jika situasi yang mantap tersebut melahirkan perbuatan yang menarik dan terpuji menurut logika dan syarak, maka situasi tersebut dinamakan akhlak mulia. Namun jika ia melahirkan perbuatan buruk, ia dinamakan sebagai akhlak keji. " maka.. 'akhlak' ku tadi adelah... -> x sabar dan marah2 tanpa memikirkan hikmah yang terselit di sebalik sesuatu yang tidak disukai.. . .. ... masih mencuba dan terus mencuba.... norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:43 PM 0 comments Thursday, May 17, 2007 ~konflik ijazah dan risalah~
![]() norashidah mohamad zainuddin blogged at 5:43 PM 0 comments Thursday, April 26, 2007 kecewa? kecewa? ya, aku kecewa.. kecewa melihat seorang demi seorang gugur dari jalan ini.. mungkin tidak ramai yang menyedari fenomena ini.. namun pada hati dan mata ini ditunjukiNya akan hakikat ini.. rakan-rakan yang dahulu sama-sama berjuang menyingkirkan jahiliyah, sama-sama memberi semangat dan perangsang agar menguatkan akar di jalan ini, sama-sama saling mengingati dan berpesan-pesan, di manakah mereka? telah gugur dan layu, semakin terikat dengan dilema yang bersarang dalam hati.. layakkah aku untuk menilai, sedangkan aku bukan di tempat mereka.. namun sedikit sebanyak aku mengerti keadaannya.. kerana aku jua merasai delima itu cuba mengintai hati ini.. namun aku bersyukur, kerana keputusan untuk tinggal di rumah ini menjadi pelindung, ya walaupun dahulu bermacam-macam kata ditadah oleh telinga ini, namun kini keikhlasan niat itu membuahkan hasilnya, jika semuanya diniatkan keranaNya, nescaya pulangannya tidak mengecewakan.. Jika direnung dan diteliti, mengapa wujudnya fenomena yang jujur kukatakan aku kecewa dengannya ini.. adakah ikatan komitmen study yang dirisaukan? atau kepenatan diri yang ditakuti? atau pandangan manusia yang lebih diutamakan? tidakkah masa itu Allah yang aturi? tidakkah tenaga itu Allah beri? maka mengapakah masih ragu.. untuk berkorban sedikit untuk agamaNya? apakah sijil kita yang akan kita tunjuk pada Allah nanti, ketika menagih ampunNya dan rahmatNya untuk ke syurga kelak..? apakah yang akan kita jawab, jika ditanya apakah yang telah dilakukan untuk menegakkan risalahNya di bumi ini? mungkin aku terlalu mempersoalkan kemampuan manusia yang hakikatnya berbeza.. namun, tidakkah kalian terfikir, pengorbanan kita terlalu sedikit dibandingkan dengan pengorbanan orang2 terdahulu.. tenaga mereka dikerah lebih dari kita.. masa mereka untuk menegakkan Islam yang kita nikmati kini jauh lebih banyak dicurahkan daripada kita.. masihkan kita layak untuk merungut, demi beberapa jam dalam seminggu? bukan kita menghadapi balingan batu, mahupun hujanan bom, mahupun panahan peluru jika dibandingkan dengan saudara2 di daerah sana.. masa yang kita curahkan hanyalah untuk pembentukan peribadi kita semata-mata dan juga mengajak yang lain untuk lebih mengenal Allah.. bukannya untuk berkorban nyawa.... lalu mengapakah kita masih merungut.. adakah kerana keyakinan pada janjiNya dan matlamat jalan ini semakin hari semakin layu....? mungkin aku terlalu pedas menarikan pena.. mungkin aku terlalu lantang menganyam kata-kata.. namun, kubiarkan persoalan ini untuk dicerna.. dan.. sungguh Allah lah Yang Maha Mengetahui.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 5:19 PM 2 comments Tuesday, April 24, 2007 ~keyakinan~ Andai rasa diri lemah Di perjalanan hijrahmu Sendirian tiada mampu Mohonlah pada Tuhanmu Hijrah ini memang susah Hijrah ini memang payah Hijrah ini menuju Allah Di hujungnya hasanah kerap lagu ini menjadi lagu tema diri.. buat menguatkan dan menyuburkan akar iman yang ku tanam di jalan yang satu ini.. agar hidupnya subur.. agar berdirinya teguh dan mampu melawan angin hawa yang kadangkala kencang tiupannya.. agar ia sihat dan mampu melawan kemarau hati yang kadangkala tidak disirami air peringatan.. hadir perasaan untuk merenung sejenak.. tentang diri dan rakan-rakan seperjuangan.. ya perjuangan ini memang payah.. antara tuntutan hati dan hakikat diri diturunkan di dunia.. masing-masing di ambang proses penapisan.. Ya Allah, mungkin aku tidak layak untuk menilai tetapi itulah hakikatnya.. komitmen duniawi yang semakin menyekat diri.. semua sedar segalanya adalah dariNya, namun keyakinan terhadap janji itu berbeza.. ya.. sejauh mana keyakinan itu bertapak di hati yang menentukan.. kadangkala ia juga menyerang hati ini.. namun harus diubati segera agar jangkitannya tidak bernanah dan menjadi sukar utk disembuhkan.. memang penat dan masa menjadi ukuran.. tapi, jika orang2 terdahulu mampu melakukan perkara yang jauh lebih payah, mengapa diri ini takut untuk berkorban.. apakah cukup amalan yang dibawa untuk membeli syurga Allah yang mahal harganya? *sob sob* jangan cicirkan aku dari tapisan ini Ya Rab.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:07 PM 0 comments Sunday, April 22, 2007 ~deep inside~ time is the best healer.. but His words are even far better.. maybe i am still new.. but those things actually could be done properly.. a part of it was from myself.. yeay i knew it from the beginning.. i should have changed, because He promises those things that i've learnt by heart.. i should have... i have to.. and i really need to.. may He show me the way and grant me the courage.. pray for what is best, not for what i want.. ~~13:11~~ ~~13:11~~ ~~13:11~~ and again ~~13:11~~ norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:21 AM 0 comments Monday, April 02, 2007 ..kiasan naluri.. kesatlah air matamu, kerana ini jalan yang satu. kesatlah air matamu, kerana jalan ini tiada ragu. kesatlah air matamu, memang ia berduri dan berliku. kesatlah air matamu, kerana ini pembersihan usiamu. kesatlah air matamu, dan buangkanlah resah dan pilu. kesatlah air matamu, sudah pasti hala yang dituju. kesatlah air matamu, pohon semoga hidup dipandu. ~~~now playing.. Hijrah Menuju Allah - Devotees norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:14 AM 0 comments Wednesday, March 28, 2007 ~untuk kamu~ panggilan demi panggilan, menerjah pendengaran, hati dan iman seiringan, menyahut seru sahutan. namun di kala enak menikmati, terusik sungguh di sudut hati, masih ada yang menanti, perjuangan yang masih terhenti. di kala diri ditarbiyah di sini, berperang jahiliyah yg masih mahu mengintai diri, saat hati dipancari cahaya Ilahi, yang satu itu tidak mungkin ku lupai. moga saat itu akan tiba.. moga dibukakan hatinya.. dari jauh ku kirim doa dan harapan, dan juga kebencian atas perbuatan yang dilakukan.. namun sekali-kali tidak ku membenci dirimu.. jauh sekali membuang jauh dari hatiku.. kerana aku tahu.. aku sayangkan kamu.. kembalilah wahai saudaraku, kami dan juga dirimu memerlukan kamu.. ya kamu.. moga hari yang kami nantikan akan kita semua ketemu.. salam sayang dari kejauhan.. yang sentiasa akan mendoakan. norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:34 PM 0 comments Friday, February 09, 2007
A is for Allah by Yusuf Islam (Cat Stevens) norashidah mohamad zainuddin blogged at 2:47 PM 0 comments Wednesday, February 07, 2007 ~*pemergian*~ "Dan Dia yang mempersatukan hati mereka (hati orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesunggunya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Al-Anfal 8:63 saudara sedarah? kawan lama? skolah sama? bukan itu yang mengikat kita.. kerana Melbourne menyaksikannya.. pertemuan pertama.. dan tautan tersemi dan bertakhta.. Selamat pulang kepada kalian.. moga terus tabah dan tsabat dengan jalan ini. ku akui liku dan duri perjalanan kalian lebih mencabar. membuatkan perjalanan kalian lebih istimewa hakikatnya. lambaian dari bumi Malaysia. moga tabah hati tak berbelah bagi. norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:51 PM 0 comments Tuesday, February 06, 2007 ~*~prasangka..~*~ "Bonda, Nabila benci sama Allah. Allah itu jahat ya Bonda..." quoted from indonesian series. naifnya si kecil... seperti kain putih yang bersedia untuk dicorakkan.. namun, kagum atas pergantungannya pada yang Satu.. "Aku adalah mengikut prasangka baik hambaKu terhadap Aku. Aku bersamanya apabila dia menyebut Aku. Jika dia menyebutKu dalam dirinya Aku menyebutnya dalam diriKu. Jika dia menyebutKu di hadapan kumpulan orang ramai maka Aku akan menyebutkan di hadapan kumpulan orang ramai yang lebih baik darinya. Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan dirinya kepadaKu sehasta, Aku akan mendekatkan kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan, Aku datang kepadanya berlari." ~~hadith qudsi riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:19 AM 0 comments Friday, December 08, 2006
~*hijab*~ norashidah mohamad zainuddin blogged at 7:16 PM 0 comments Thursday, November 09, 2006 ~bila masa dh sgt lapang....~
ehehehe... ampun yeh guna gmbar nih utk post ni.. takde kene mengena dengan diorang ni, hiasan semata2, eheheh...dah habis exam ni.. masa lapang pon byk.. lalu apa yg kita lakukan utk mengisi masa lapang ni.. teringat akan satu hadith yg menyatakan bahawa dua nikmat yg manusia sering abaikan dan tertipu dengannya, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.. kalau difikirkan.. sekarang lah waktu itu, di mana sedang sihat dan sedang menikmati masa yg sgt lapang dari tuntutan study (which is the thing yg selalunye buat org bizi or alasan org utk katakan dia bizi...hehe)... thus, seharusnya kite memanfaatkan masa yang ada waktu ini dengan berfaedah.. selalunye apa yg org buat waktu2 habis exam ni... yup, 'berpoya' sebentar.. release stress.. berkumpul ramai dan bersembang sakan smpai berjam2.. herm, lg2 ppuan.. ni la xtvt yg best dak? huhu, teringat firman Allah yg mengatakan: "Hai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat:12) peringatan untuk diri sendiri juga yang sering terleka.. tatkala seronok berbual tu, kadang2 kita tak sedar yg kita sebenarnya telah melampaui batas. astaghfirullah al 'azim.. semoga kita sentiasa mengingatkan diri dan memelihara diri dari melampaui batas.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:46 PM 0 comments Monday, November 06, 2006
Allah Knows by Zain Bhikha beautiful comforting words.. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ When you feel all alone in this world And there's nobody to count your tears Just remember, no matter where you are Allah knows Allah knows When you carrying a monster load And you wonder how far you can go With every step on that road that you take Allah knows Allah knows No matter what, inside or out There's one thing of which there's no doubt Allah knows Allah knows And whatever lies in the heavens and the earth Every star in this whole universe Allah knows Allah knows When you find that special someone Feel your whole life has barely begun You can walk on the moon, shout it to everyone Allah knows Allah knows When you gaze with love in your eyes Catch a glimpse of paradise And you see your child take the first breath of life Allah knows Allah knows When you lose someone close to your heart See your whole world fall apart And you try to go on but it seems so hard Allah knows Allah knows You see we all have a path to choose Through the valleys and hills we go With the ups and the downs, never fret never frown Allah knows Allah knows Every grain of sand, In every desert land, He knows. Every shade of palm, Every closed hand, He knows. Every sparkling tear, On every eyelash, He knows. Every thought I have, And every word I share, He knows. Allah knows. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ With the ups and the downs, never fret never frown.. Allah knows.. =) ~6:59.. ..9:40~ norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:04 AM 0 comments Tuesday, October 31, 2006 ~mujahadah ilmu sihir~
esok akan bermula perjuangannya.. diikuti seminggu kemudian adalah OSCE..semoga Allah permudahkan imtihan ini.. ku perbetulkan niatku sekali lagi agar semuanya ku lakukan keranaMu.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 7:45 PM 0 comments Thursday, October 26, 2006 ~*berkat DhuhaMu*~
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:55 AM 0 comments Monday, October 23, 2006
Petronas Advertisement: Raya 2006 huhu.. sayu nye iklan ni.. moga hari yg mulia ini lebih mengeratkan silaturrahim sesama kita, dan menginsafi kejadian diri.. ~~selamat hari raya aidilfitri semua.. maafkan segala salah silap dan thanks for everything.. moga ketemu jua dengan ramadhan kembali~~ norashidah mohamad zainuddin blogged at 7:05 AM 0 comments Sunday, October 22, 2006
Surah Qamar - Mishary Rashid Al-'Efasi cantik yg menakutkan.. semoga memberi keinsafan kpd hati2 yg memikirkan.. ameen.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 5:07 AM 0 comments Wednesday, October 18, 2006 ~*jazakallah brother, and sorry...*~ hai lamanya nak tunggu bas ni.. dh la tak frequent, faculty lak buat jadual pelik2.. tercongok la aku ngan yati kat bas stop depan Kingston Centre ni.. baru jek lepas habis hospital visit.. ade gap sejam jek utk lecture lepas nih.. bas ni pulak aduhai, dekat 40minit bersandar kat tiang menunggu, bayang bas pon tarak.. lecture dh nak start dh ni.. ni nasib dpt hospital area sini jek, kalu smpai ke city sure aku tak datang lecture tgh hari ni dah.. hadoi la.. lalu lintas mmg tgh sibuk.. tgh hari kan.. dari kereta kecik smpai la lori besar2 melintasi kami.. yg ditunggu2 tak jugak datang2.. tetiba berenti la satu kereta yg dipandu sorang lelaki ala2 dari Africa.. alamak, apahal laki ni berenti ni, gaya2 cam nak kasik tumpang.. kitorang dh buat muka cuak dah.. "sisters, are u waiting for the bus? i can give u a lift. dont worry, i'm a muslim too." buat muka cuak. "dont be afraid sisters. i just wanna help. i'm same like you. Allah is the name of my God. lillahi taala. see this forehead (smbil bukak topi dia), i sujud to Allah. i just wanna help other muslims. dont be afraid of me." cuak.. cuak.. ape nak buat ni. bukan tak caya. dlm hati kami, mmg akui terserlah kejujuran lelaki ni. lgpon, kat sini mmg muslim suke tolong muslims yg lain. tapi, we're just not brave enough to be with an unknown guy. "where do u wanna go?" "monash" "so come then. i send u there." "erm, actually we are waiting for our friends to come to catch the same bus. it's ok we'll wait for them." dgn muka hampa atas ketidakpercayaan kami pada dia, "i just wanna help other muslims. it's ok then." Ya Allah, kesiannya dia. aku tau dia mmg jujur nk tolong. dh la muka kitorang penat tunggu bas dgn berdiri tuh. tutemates lain tatau la mane pegi sbnrnye.. maybe derang mintak kuar awal dari doctors diorang sbb bus tak frequent. adeih, rase bersalah lak kat guy ni. tapi kitorang just wanna be safe. tak berani nak jamin ape2 by accepting his offer even deep in my heart i really2 beleive that he really wants to help us. tak smpai seminit dia berlalu dgn kereta dia, dan dgn muka yg obvious kecewa sbb kitorang tak percaya nak terima pelawaan dia, bus pon smpai. Alhamdulillah, tak la rase bersalah sgt menolak keikhlasan pertolongan seorang muslim, di kala berada di tempat asing di mana orang lain memandang serong atas tudung kami. jazakallah brother, and sorry for letting u down.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:46 PM 0 comments Sunday, October 15, 2006 ~*saat2 yg masih ada*~ Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong. "Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini.." Najwa mengeluh sendirian. Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal" Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW. "Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)" Riwayat Abu Dawud, Ahmad. Najwa singgah duduk di satu "bench" di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. "Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan". Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat "excited" kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, "Best la tazkirah kak Najwa..." Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak... Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. "Oh.. di situlah silapnya... Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak... Ya Allah, benar-benar kali ini... Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan... Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku" Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan "dakwah"nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi... "Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?" Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar... Dia telah melupakan dirinya sendiri. "Ya Allah, benar-benar kali ini... aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku... walau pada kadar sekelip mata," Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa... Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu. "Hah! Termenung apa tu!" Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. "Awak ni, terkejut saya tau!" Najwa mencebik. "Alah.. maaflah.. Assalamualaikum" Hayati tersengih sambil beri salam. "Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak" Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, "Kaifa imanuki?" (Apa khabar iman kamu?). Hayati senyum, "Alhamdulillah.. Alhamdulillah... I hope to stay in Ramadhan all the time!" Najwa sambung lagi, "Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!" Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. "Err... Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah" "Surah Al Ma'un ayat 4-5." "Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?" Hayati buat soalan KBKK pula. "Alah, mana la saya tau... Awak citer je la" Najwa malas nak fikir. "Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap "iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka".. "Kalau tengok perkataan Arab 'an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela" "Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma'ruf nahi mungkar... Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?" Hayati berkata. Najwa tertunduk. "Jazakillah ukhti..." Hayati berkata, "Awak ni cam ade problem je..." Najwa melarikan pandangannya, "Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat." Hayati berkata lagi, "Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk" "Iman kita memang ada up-s and -down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya.. ..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman "wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu" You know what, Najwa...Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah" Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah. quoted from here <http://www.dakwah.info/v2/?p=226> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ alhamdulillah, yg kering kembali basah semula... thanking Him atas nikmat yg dikembalikan semula, which is rindu padaNya.. moga sisa2 Ramadhan yg tinggal dilalui dengan redhaNya.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:19 PM 0 comments Saturday, October 14, 2006
Video Blog #7: Seasonal Muslims don't just be a Ramadhan or Eid Muslim... yup, this guy is totally true.. hear him guys... norashidah mohamad zainuddin blogged at 5:03 PM 0 comments Friday, October 13, 2006 ~*aisey, rindu beach la plak*~
penatnye otak... exam lagi dua minggu lebih... takleh nak kate ape, mase byk kat membace la... time2 nak exam selalu la ade syndrome ni... syndrome rindu nk gi beach... penat laaa bace buku... nk dekat summer ni sunset mesti cantik... adeh, tapi mase lak tade, nk kene mbace lg... norashidah mohamad zainuddin blogged at 4:10 PM 0 comments Sunday, October 08, 2006 ~contented~
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() mmg rase puas hati... alhamdulillah.. walaupon agak kiciwaaa sbb bunga dh start nak layu n tak lebat, tp still dapat lepaskan gian nak asah skill amik gmbar.. yeay, sgt puas hati.. walaupon balik tu pening kepala sbb cahaya matahari terang sgt, tapi terubat la jugak tgk hasil gmbar2 yg ada.. and those above adalah antara gmbar2 yg memuaskan hati... but yes, still have a room for improvement.. just tade mase sgt nak layan hobi amik gmbar ni, psl kene jln2 cari angle2 yg best... hmmm.... norashidah mohamad zainuddin blogged at 6:06 PM 0 comments Wednesday, October 04, 2006 ~*rindukan rindu itu*~ Surah Az Zumar : 53-56 53. Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). 55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya, 56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ sungguh aku merindukan rindu yang aku miliki dahulu.. aku rindukan ketenangan yang pernah aku miliki dahulu.. aku rindukan perasaan dekat padaNya yang juga pernah aku miliki dahulu.. mana perginya semua itu...? mungkin salah aku sendiri.. yang kadangkala masih jatuh ke dalam jahiliyah diri yang masih berbaki... Ya Allah... aku rindu 'aku' yang dulu.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:14 PM 0 comments Sunday, October 01, 2006 ~*kuatkanlah hati ini*~ thanks to status YM seorang ukhti.. sungguh ujiannya kian nyata.. sungguh aku merasai kepayahan mengharungi detik2 ini.. bukan ku pinta agar mereka memahami.. kerana aku sendiri tidak memberi ruang kepada mereka untuk mengetahui kisahku.. namun.. aku tak sanggup menyedihkan hati, setiap kali menjelaskan duduk perkara sebenar.. takkan nak cerita pada semua orang, setiap kali orang bertanya.. aku tak sanggup.. dan aku tau, bukan semua orang akan faham.. apa yang aku harapkan sekarang, hanyalah padaMu Ya Allah.. Kau yang mengetahui segalanya.. Kau yang menurunkan ujian ini.. maka, kuatkanlah hatiku.. aku tahu, makin hari makin hatiku sayu atas ujian ini.. sungguh ia tidak mampu dibendung.. kerana significantnya perkara ini pada setiap orang.. lebih2 lg keadaan sebegini... namun, setiap yg Kau takdirkan ada hikmahnya.. aku redha.. dan ku amat memohon padaMu, agar kuatkanlah hati ini.... norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:32 AM 1 comments Friday, September 29, 2006 ~*puasa adalah bekalmu*~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 4:47 AM 0 comments Wednesday, September 27, 2006 ~*ramadhan is coming*~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:24 AM 0 comments Sunday, September 24, 2006 ~*mengalirnya air di celahan batu*~
1 Ramadhan 1427 Hijrah~~
"Kemudian setelah hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidah lengah daripada apa yang kamu kerjakan." Ya Allah, janganlah dikeraskan hati ini, sehingga tidak mampu kulembutkan dengan ayat2Mu.. cukuplah kekotoran yang dulu.. yang masih berbaki dan berdaki.. untukku sental dan cuci.. Lindungi aku dari segala yg menghalangi.. yg memberatkan diri untuk berbakti.. sedang usahaku hanyalah sebesar kuman cuma.. untuk dibanding dengan rahmat dan kurniaMu.. seharunya aku malu.. merasakan usahaku sudah berbukit.. yang hakikatnya cumalah sedikit.. biidznillah.. akan ku teruskan.. coz I wanna die in His cause.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:34 PM 0 comments Thursday, September 21, 2006 ~*diuji keteguhan ini*~ sesungguhnya.. apabila iman seseorang itu meningkat, dia akan diuji.. "apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?" Al-Ankabut29:2 lain orang lain pandangan mereka.. mungkin bergantung kepada penerimaan masing2.. entahlah, mungkin ada betul kata2 mereka.. tapi.... ya, aku sedang diuji.. sedang diuji keteguhanku pada jalan ini.. adakah pendirianku goyah kerana pendapat2 orang lain.. sedang aku berusaha meletakkan neraca langit menggantikan neraca manusia dan dunia.. andai aku tidak berada di sini, mungkin pemikiran dan neraca pertimbanganku masih begitu.. sungguh aku menyenangi perubahan ini.. jgn ditarik nikmat perubahan ini daripadaku.. aku mahu mati di jalanMu, bukan jalan mereka dan dalam pertimbangan mereka.. kerana di sana nanti, adakah mereka yg akan membantuku? sungguh hanya rahmatMu yg mampu berbuat demikian.. maka adakah aku perlu ragu2 lagi utk kekal dengan kefahaman yg murni ini? sungguh mudah hati manusia berbolak balik.. pendirian dipermainkan oleh hasutan2 yg mahu menggoyahkan.. Ya Allah, aku tidak mahu begini.. kukuhkanlah.. pimpinlah aku.. apa yg mereka perkatakan itu sudah aku lalui dahulu.. syukur tempoh waktu itu tidak terlalu panjang bagiku.. namun ku tahu, perjuangan ini akan terus diuji.. moga Kau memandu pertimbanganku.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 6:42 PM 0 comments Wednesday, September 20, 2006 ~*rumah ooh rumah*~ tertarik dengan kata2 seorang ukhti semasa pengisian antara maghrib dan isya' tadi.. mengenai isu nak pindah rumah ni.. majoriti sedang sibuk mencari2 rumah.. ramai dah yg survey kat internet dan ada yg dah pun dapat rumah.. apa yg ukhti ni fikirkan adalah sama dengan ape yg aku fikirkan masa mula2 isu rumah ni diutarakan.. hati terasa sangat berat dan sayu utk meninggalkan suasana hidup di hall.. di hall, mmg la hidup masing2 kat bilik.. apa yg kita buat kat bilik semuanya sendri2 dan jumpa kawan2 n akak2 pon mostly di surau.. tapi, ikatan hati-hati kami itulah yg memilukan hatiku ini utk meninggalkan hall.. ukhuwah berdasarkan kefahaman Islam ini sgt indah.. ya betul kata ukhti tu, bukan senang kita nak sayang sahabat kita sebagaimana kita sayang mereka sekarang.. dulu tak pernah nak rasa sayang sahabat mcmni.. nanti masing2 dengan hal rumah masing2.. sedangkan di hall senang nak bertandang ke bilik2 org.. jumpa pon senang sbb jarak antara hall berapa kangkang kera sgtla huhu.. dan nak buat aktiviti pon byk bilik2 dalam hall yg boleh digunakan.. sgt mudah ikatan yg indah itu terbina.. tapi tulah.. bak kata ukhti tadi, andai kita keluar dari hall ke rumah semata2 kerana nakkan duit simpanan yang banyak, maka kita akan tenggelam dalam niat kita itu.. Ya Allah, teguhkanlah hati kami agar terus bersama menjunjung dakwah ke arah jalanMu.. dan... kerana itulah aku mahu serumah dengan senior2.. tak kisahlah orang kata nnti bila senior tu dah keluar susah pulak nak kene cari pengganti.. mujur ada jugak sahabat yang sependapat denganku.. niatku keranaMu, ingin lebih dekat kepadaMu dan juga utk pelajaranku.. dan ku tahu ini adalah salah satu jalanNya.. moga Kau rahmati dan permudahkan urusan ini.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:48 PM 0 comments ~*harapan ramadhan*~
![]() Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna Agar dapat kulalui dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:58 AM 0 comments Sunday, September 17, 2006 ~*what is normal?*~ "why u have to put that thing on your head? why dont u just be normal?" "oh, come on.. u just have vegetarian food as your choice.." "are u happy to roll up your sleeve?" being abnormal.. different from other people.. how do they define normal? apa ade dgn kenormalan mereka..?? jika tak normal pada pandangan mereka, adakah kita nak menormalkan diri supaya tidak lagi dipandang tak normal oleh mereka? selective weekend ke Traralgon ini byk membuka mata, dan diri ditarbiyah dengan bermacam2 keadaan.. duta Islam.. di kalangan manusia2 yang tidak berfikiran tauhid kepadaNya.. juga menguji sejauh mana kekukuhan peganganku terhadapNya di kala dugaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya sangat ketara.. namun ada yang memahami dan sgt menjaga hati dan keperluan kami.. sejuk juga hati.. moga Kau terus memudahkan kami dalam menjalankan ketaatan padaMu dan teguhkanlah kami andai Kau menguji kami.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:27 PM 0 comments Friday, September 15, 2006 ~*menanti hadirnya ramadhan*~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 4:26 PM 0 comments Thursday, September 14, 2006 ~*kerana mata*~ astaghfirullah... itulah kalimah pertama yg berbisik di hati saat menyedari kelalaian itu.. lama dah tak buat kerja tu.. entah kenapa tadi diri ini menjadi lalai.. setelah lama keyakinan utk membuang jahiliyah yang bersarat dalam diri, ia kembali mengganggu dan menggugat kekuatan yang telah mula kukuh terpateri.. mata itu.. gurauan nakal bermain di hati.. ya, memang indah ciptaan itu.. haih..mungkin aku ni dah mula berani bergurau dengan tutor ku yang satu ni.. acapkali berdiri di sebelahnya memudahkan komunikasiku dan tumpuannya padaku.. namun, niatku yang satu adalah utk mudah pembelajaranku dengannya dalam persaingan dengan mamat2 dan minah2 'toleh' yang lain (erm, mat2 saleh, minah2 saleh n other international st =p) hai.. sungguh mengganggu.. cepat sungguh Kasihku yang satu menyuruhku belajar dari kesilapanku.. ya, jagalah mata dan pandanganmu.. sungguh pandangan itu adalah panahan syaitan.. yg ingin menghanyutkan hati dan jiwa anak Adam agar belayar di dunia khayalan dan jauh dari mengingatiNya.. astaghfirullah.. perlu ku kuatkan semula keyakinanku.. dan perlu kujelaskan semula tujuanku berada di samping dia itu.. kerana mata... <24:31> Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka..... perlu mujahadah dan tarbiyah yang berterusan... norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:39 PM 0 comments ~*sajak hati*~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 4:51 PM 0 comments Wednesday, September 13, 2006 ~*is defence an offence?*~
![]() Lets hear a parable of a pretty little Rose flower. Once a man was staring at the beauty of a Rose flower. He became jealous; then jumped and tried to snatch up the Rose. When the thorn hit the man, the blood came out. The man proclaimed: "Look everyone!This rose is the terrorist! Look at the blood coming out of my hand! Lets remove this Rose & its family!" Alas!, those stupid audience listen to him & the rose dies. So Sad! Is Defence an Offence? So peace be upon those: unjustly caught as prisoners. Peace be upon those: who have been tortured without any crime of them. Without Justice, the Order has no values. Without Discipline, there is Chaos. Without the Trust of the Court (government), people mistrust each other. What kind of place would it be like? Should we behave in the manner of those people who attack on other people just on the 'basis' of 'assumptions'? They also hurt those who have nothing to do with it (innocent civilians). norashidah mohamad zainuddin blogged at 3:40 PM 0 comments Tuesday, September 12, 2006 ~*Maafkanku kawan-kawan, aku tak sengaja...*~ Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpeleot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak power tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah, terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu. As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi library, study. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diorang tu bukan tau sangat buat keje. Meeting pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting start pukul 4, harus pukul 6 baru settle. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diorang ni, kalau meeting tak lama, tak mahasiswa la kononnya. Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal aje untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-menber aku semua ajak keluar makan. Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is, sorry. Last-last, semuanya aku tinggalkan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan-kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah kawan kita yang sebenar, yang akan backing kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.Wallahualam. article from: http://http://www.dakwah.info/forum/view_topic.php?id=89&action=new norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:46 PM 0 comments Monday, September 11, 2006 ~*terima kasih Kasihku*~ entah kenapa seronok sgt.. bila tahu tarikh camping ditunda ke minggu depan.. teringat masa kak noni bagitau camping tu this weekend, sgtla sedih smpai berubah mood n air muka.. mesti diorang pon perasan.. alhamdulillah.. sungguh Dia Maha Mendengar... sgt nak pegi, nak be close to nature.. dh lama rasanya since the last time dapat chance ni.. masih rasa tak percaya.. Dia mendengar rintihan yang tidak terluah kerana memikirkan sahabat2 yg lain.. sungguh aku terharu denganMu.. terima kasih.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:48 PM 0 comments Wednesday, September 06, 2006 ~*hujan*~
![]() hujan masih turun di luar.. membasahi bumi clayton di awal musim bunga.. indah titisan2 itu, bisa menenangkan hati yang runsing.. angin sejuk yang menyapa mampu menyejukkan perasaan yang berkecamuk.. nikmat Allah yang satu ini amat indah.. kedengaran di luar nyanyian burung2 yang baru mahu keluar mencari makanan.. teringat akan ayah di rumah.. hujan atau panas tidak menghalangnya keluar demi kami sekeluarga.. terlalu byk pengorbanannya.. ibuku juga.. kepentingan diri sudah lama tidak menjadi keutamaan demi anak2nya.. mak abah, sabarlah menanti penghujung perjuanganku di sini.. sesungguhnya hanya kalian dan Allah yang mengerti segala yang tidak difahami oleh orang lain.. biarlah persoalan dan kepelikan itu mewarnai diriku andai itu yang terbaik buatku dariNya.. asalkan Dia sentiasa menemani jalanku.. sungguh hujan membisikkan angin kekuatan dariMu.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 10:36 AM 0 comments Sunday, September 03, 2006 ~*janji Allah itu pasti*~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:40 PM 0 comments Friday, September 01, 2006 ~*merdeka??.. hmmm...*~
![]() ![]() ![]() masih sanggupkah kita menyatakan yang kita sudah merdeka? sedangkan pemikiran anak2 bangsa kita masih dijajah.. oleh perancangan rapi musuh yang sudah lama dirancang.. untuk memusnahkan anak2 muda Islam.. ya, syabab2 itu andai mereka berkualiti, nescaya Islam mampu bangun kembali.. namun, apa yang terjadi? adakah syabab Islam sekarang peka dengan tanggungjawab hakiki mereka? sedangkan hakikat apa yang terjadi dalam dunia sekarang pun tidak diambil peduli.. mangsa keadaan mungkin..?? tapi, sampai bila mahu salahkan keadaan bukan? kita perlu bertindak.. sekurang2nya dengan pembinaan diri sendiri.. berusahalah mendaki tangga pertama ke arah tercapainya impian ustaziatul alam kita..andai tercapai impian itu, maka kita sudah boleh berbangga menyatakan bahawa kita adalah umat yang merdeka dari ikatan yang memesongkan, dari jerat musuh, juga dari kealpaan diri sendiri terhadap tugas sebagai khalifatullah.. mungkin kita tidak sempat merasai kegemilangan itu nanti, namun usaha kitalah yang menyumbang ke arahnya.. janji Allah itu pasti.. merdekalah saudara2ku.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:56 AM 0 comments Monday, August 28, 2006 ~*hairan kan....*~ hairan kan... berapa ramai yang bersusah payah nak ambil medic.. mengingat dengan sepenuh hati.. menghafal separuh mati.. kalimah2 latin itu cuba dituturi.. cuba difahami.. sehingga menjadi perbualan harian.. ya.. termasuklah diriku sekali.. hairan kan... ayat2 Allah juga datang dengan kalimah asing.. sekurang2nya buat diriku.. yang tidak mahir menuturkan bahasa itu.. bahasa Al-Quran.. ya.. kalimah2 Arab itu.. tapi.. adakah aku cuba memahami maksud2nya sama seperti yang aku lakukan untuk kalimah2 latin yang tercetak dalam buku2 medicku? subhanallah.. tersedar seketika.. di saat2 genting seperti ini.. di saat2 masa seperti pedang di leher.. Kau masih memberi ruang pada diri ini.. untuk menilai sejenak.. akan lemahnya diri.. ampuni kelalaianku... "Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (13:11) norashidah mohamad zainuddin blogged at 6:36 AM 3 comments Sunday, August 27, 2006 ~*healing across borders*~
![]() ![]() moga suatu hari nanti.. aku mampu menjadi sebahagian daripada mereka.. permulaan hari baru.. ku perbetulkan niatku di pagi hari.. agar hari ini dan seterusnya sentiasa dalam redhaNya.. agar setiap yang ku lakukan adalah keranaNya.. agar setiap apa yang berlaku dapat ku terima dengan tabah.. agar ku sentiasa berhusnuzhon dengan setiap mehnah yang mendatang.. lillahi ta'ala.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 8:40 AM 0 comments Saturday, August 26, 2006 ~*which field??*~
![]() huhu.. mengarut sebentar.. yelah dh tghhari ni.. stadi pon mcm x stadi.. tepu2... err,betul ke tepu.. atau hanya alasan....?? permudahkan urusan dunia ini Ya Allah.. my trust in U <2:282> norashidah mohamad zainuddin blogged at 11:08 AM 0 comments ~*neraca*~ Kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman:
leraikan tautanku daripada neraca mereka.. agar setiap anggotaku berfungsi dengan pertimbangan neracaMu.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:52 AM 0 comments Friday, August 25, 2006 ~*ada sesuatu*~ ada sesuatu... ya, ada sesuatu... ku menyedarinya.. ku merasai hadirnya ia.. namun mengapa perlunya ia datang.. tidak sekali-kali ku mengundang.. menjerat aku menjadi mangsa.. menyesakkan nafas dan dada.. tadahan doa.. tadahan kolam air mata.. moga diri dipelihara.. moga hati aman sentosa.. moga langkah tersusun.. moga Kau yg menuntun.. diri yang sentiasa dihembus bayu emosi.. hati yang diselimuti belah bahagi.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:42 PM 0 comments Thursday, August 24, 2006 ~*ukhuwah fillah*~ pabila ukhuwah disulam kerana akidah, sayangnya adalah kerana Allah, pengorbanan terasa indah, kesukaran menjadi mudah.. inilah anugerah.. daripada mujahadah menjadi hadiah, semuanya kerana ukhuwah fillah. kukuhkan tautan hati kami, agar perjuangan berjemaah ini diredhai.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:51 AM 0 comments Saturday, August 19, 2006
Vlog #9: Who Hijacked Islam??! norashidah mohamad zainuddin blogged at 1:22 AM 0 comments Wednesday, August 16, 2006 ~*The Crazy Spots I've Prayed*~
![]() ![]() All the earth is a place of prostration every field and meadow, mountain, park, city, farm, plantation. Every roadside, seaside, hillside, walk way, any place clean and green can be a place to pray. When I think of every path, where I have ever trot, I laugh at all the crazy spots I've stopped to worship God. Remember that long car ride driving all night so far? Under the summer moon we pulled of to the side, reclining in the front seat of the car. Waking to a fajr bird's sound and washing in the coin car wash we found with a water blaster making wudu, you sprayed me and I sprayed you. We stood so drowsy in with dawn behind the car wash, dripping on the lawn. Saturday shopping day, bustling busy mall, I'm busting through the aisles. Worldly wants gettin' in my way. Each blank zombie shopper face void of smiles. Time comes for a prayer attack, grab a pair of pants or a sweater from a rack, find a change room and latch the door, set aside excuses and hit the floor. Then go back to the mall. Somehow it's easier then to make sense of it all. Our socks froze to the blanket that we spread over the snow, your call to prayer bounced off the trees and across the icy meadow. Crisp and clean cold air, our hearts were so aware. Our bodies felt the frozen freedom, what a very cool place for prayer. There was the time next to the river, there was the time in the school hall, there was the stairwell in the that building, there was that forest in the fall, the movie house corridor, the air-plane kitchen in the sky, so many places and I'm sure there'll be more pieces of earth to testify. ~*Dawud Wharnsby Ali - The Crazy Spots I've Prayed*~ norashidah mohamad zainuddin blogged at 9:35 AM 0 comments Tuesday, August 15, 2006 ~*wut a weird feeling*~ wut a weird feeling.. tetiba je datang masa lecture pagi tadi.. peripheral and spinal nerves lecture by J.Rawson... motoneurone disease.. ntah kenape cara lecturer ni citer psl penyakit tu trigger satu perasaan.. teringinnya berbakti pada kanak2 di sana.. teringinnya mengubati luka2 mereka.. teringinnya berbakti pada pejuang2 yg berani di sana.. teringinnya mengelap darah dan peluh mereka.. andai mampu.. ingin ku penuhi keinginan itu.. akidah yg satu, pendorong utama.. lahirnya satu perasaan dan tautan hati yg sukar diukir dengan kata2.. norashidah mohamad zainuddin blogged at 7:51 PM 0 comments Monday, August 14, 2006 ~*be like a strong ant*~
![]() beban semakin berganda.. berat semakin terasa.. tekanan semakin menyeksa.. ragu-ragu mula bermain di hati.. mampukah menggalas semua ini.. dengan usaha yang belum cukup dirasakan.. namun ku tahu segalanya Dia yang tentukan.. i wanna be like a strong ant.. keep on going.. keep on preparing.. they call me 'the black ant' for some reason.. harapnye melekatla sifat2 semut itam dlm diri 'cik semut itam' ni.. gelaran itu satu doa bukan..? :) <2:286> norashidah mohamad zainuddin blogged at 6:13 PM 2 comments Sunday, August 13, 2006 ~*a hijabee*~
norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:45 PM 0 comments ~*yg lebih baik*~ "Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yg lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yg lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yg lebih baik daripada memberi nasihat. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar". (Umar Khatab) norashidah mohamad zainuddin blogged at 12:27 PM 0 comments |
||||
|
|
|
|
|
|